Kueh Bakar Delites...

Laman Blog Kueh Bakar Delites merupakan satu laman blog di mana anda boleh memesan kuih bakar secara online atau pun melalui satu panggilan telefon sahaja kepada kami, dan ianya akan dihantar terus ke rumah anda. Ianya sangat mudah! Tidak perlu bersusah-payah dan bersesak-sesak di pasaraya, membayar tol, duit parking ataupun menghabiskan minyak kenderaan anda semata-mata untuk mendapatkan kuih tradisional kegemaran anda... Tempahan juga adalah terbuka bagi tempahan majlis-majlis rasmi, majlis perkahwinan, serta kenduri-kendara... Hubungi kami hari ini di talian 017 - 882 4928 ataupun hantarkan email anda kepada modernbeat.culture09@gmail.com bagi sebarang pertanyaan & maklumat lanjut....

Temui Kueh Bakar Delites di Plaza Alam Sentral Oktober Ini…

Filed under Introduction by modernbeat.culture09 on 06-09-2009

Tags :

buntings kuih-bakar-10

Temui Kueh Bakar Delites di promosi perkahwinan Anjung Mempelai 2009 anjuran Modernbeat Culture Enterprise (SA0115341-U) – Kueh Bakar Delites di Ruang Legar Promosi, Tingkat Bawah, Plaza Alam Sentral Shah Alam dari 22 Oktober 2009 sehingga 25 Oktober 2009.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, untuk menikmati atau merasai “food sampling” Kueh Bakar Delites secara percuma dan mendapatkan kuih tradisional ini dengan harga yang berpatutan iaitu dengan hanya RM 5.00 sahaja sekeping. Rasai keenakkan serta kelemakkan sebenar kuih tradisional yang dibuat secara “homemade” ini dan anda pasti tidak menyesal… kami yakin, anda akan menyukai dan bersetuju dengan keenakkan serta kelemakkan kuih tradisional ini sepertimana yang dimaklumkan.

Prosedur Tempahan

Filed under Introduction by modernbeat.culture09 on 06-09-2009

Rasa asli tentunya hasil buatan rumah atau lebih dikenali sebagai “home-made” . Bahannya dari telur, tepung dan daun pandan dibakar serta ditaburkan dengan bijan di atasnya. Kuih ini boleh bertahan selama seminggu tanpa bahan pengawet dan tempahan boleh di buat sebulan awal. Pesanan minimum adalah 20 unit, secara online (emailkan kepada modernbeat.culture09@gmail.com)  atau hubungi hubungi kami di talian 017 – 882 4928.

Harga bagi kuih bakar yang dipasarkan adalah RM5.00 sekeping bagi pesanan yang dilakukan di bawah dari 20 unit dan RM 4.80 bagi order yang dilakukan lebih daripada 20 unit.

Latar Belakang / Sejarah Kuih Bakar…

Filed under Introduction by modernbeat.culture09 on 05-09-2009

Kuih bakar merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu. Kuih ini juga dikenali sebagai bahulu kemboja. Kuih ini berbentuk bulat dan ditabur bijan di atasnya. Ia sangat bersesuaian, enak serta sedap dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi, minum petang atau pencuci mulut bagi majlis-majlis rasmi, perkahwinan, kenduri-kendara dan sebagainya.

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuih bakar ialah tepung gandum, pati santan, telur, minyak sapi, bijan dan bahan perasa dan pewarna secukupnya. Cara membuat kuih ini ialah menggunakan acuan khas dan ia dibakar dengan dapur arang.

Subscribe to RSS Feed Rss