Kueh Bakar Delites...

Laman Blog Kueh Bakar Delites merupakan satu laman blog di mana anda boleh memesan kuih bakar secara online atau pun melalui satu panggilan telefon sahaja kepada kami, dan ianya akan dihantar terus ke rumah anda. Ianya sangat mudah! Tidak perlu bersusah-payah dan bersesak-sesak di pasaraya, membayar tol, duit parking ataupun menghabiskan minyak kenderaan anda semata-mata untuk mendapatkan kuih tradisional kegemaran anda... Tempahan juga adalah terbuka bagi tempahan majlis-majlis rasmi, majlis perkahwinan, serta kenduri-kendara... Hubungi kami hari ini di talian 017 - 882 4928 ataupun hantarkan email anda kepada modernbeat.culture09@gmail.com bagi sebarang pertanyaan & maklumat lanjut....

Latar Belakang / Sejarah Kuih Bakar…

Filed under Introduction by modernbeat.culture09 on 05-09-2009

Kuih bakar merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu. Kuih ini juga dikenali sebagai bahulu kemboja. Kuih ini berbentuk bulat dan ditabur bijan di atasnya. Ia sangat bersesuaian, enak serta sedap dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi, minum petang atau pencuci mulut bagi majlis-majlis rasmi, perkahwinan, kenduri-kendara dan sebagainya.

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuih bakar ialah tepung gandum, pati santan, telur, minyak sapi, bijan dan bahan perasa dan pewarna secukupnya. Cara membuat kuih ini ialah menggunakan acuan khas dan ia dibakar dengan dapur arang.

Leave a Reply

Subscribe to RSS Feed Rss